Korang mesti suka yang ni juga...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL

NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL
NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL

Menu Produk Manjakuhappy

Ye Lebih mudah untuk memilih item dgn klik ikut kategori dibawahni...

Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner Manjakuhappy Banner

Monday, February 27, 2012

Full Article Manjakuhappy "Dakap Sayang" Ratu, Berita Harian 21 Februari 2012

Artikel penuh "dakap sayang"






Ratu

Dakap sayang
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2012/02/21


Penggunaan mei tai.
Penggunaan mei tai.
Kendong bayi mesrakan ibu atau bapa dengan bayi, bantu proses pembesaran

KENDONG bayi menggunakan kain batik lepas, bukan pemandangan asing. Tetapi ia seakan-akan pudar bila kereta sorong mula diperkenalkan.
Namun, seakan satu senario biasa apabila sejak kebelakangan ini kian ramai ibu bapa yang mula beralih kepada penggunaan kain untuk mengendong bayi. Selain mengembalikan kegemilangan tradisi nenek moyang kita dulu, amalan itu juga ada hikmah kerana dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, apalagi dengan aksi seolah-olah bayi dalam dakapan si ibu.
Jarang sekali bayi menangis kecuali jika bayi lapar susu dan yang paling penting tidak perlu lagi bersusah payah membawa pengusung yang bentuknya lebih besar dan berat, selain lebih jimat kerana harganya lebih murah. - Jazmiladina Husin, Pengasas manjakuhappy
Lebih utama ia ringan dan pilihan lebih senang berbanding terpaksa bergilir-gilir mendukung bayi yang nyata selesa didakap sayang. 

Fungsinya masih sama, iaitu kendong si manja yang menggunakan fabrik lebih ceria, penggunaan span di bahagian bahu dan leher menjadi elemen ‘nilai tambah’ kepada produk comel ini, membolehkan ibu dan bapa lebih selesa serta tidak sengal bahu lagi untuk tempoh dukung bayi yang panjang.

Seperti ditegaskan pakar kanak-kanak Amerika Syarikat, Dr William Sears, perbuatan kendong yang menyamai pelukan itu, mampu memberikan rasa tenteram buat si kecil.

Dalam satu laporan di Barat, baru-baru ini, Dr Sears berkata rasa tenteram dan dengan kedudukan kepala bayi di atas menjadi bukti mereka dalam posisi sesuai untuk belajar. Mereka lebih mudah serasi dengan aktiviti orang yang mengendong mereka seperti ibu atau bapa serta penjaga. 
Otak bayi juga, katanya, dapat menerima dan memproses maklumat berdasarkan aktiviti dilakukan penjaga. Komunikasi antara penjaga dan bayi itu juga dapat membantu kemahiran percakapan dan pembesaran baik dengan lebih baik lagi.

Itu manfaat perbuatan kendong itu, tetapi bagaimana pula dengan aspek material atau bahan buatannya?

Boleh dicuci juga antara faktor ia jadi pilihan. Butik kanak-kanak dalam internet, www.manjakuhappy.com, misalnya menawarkan tiga pilihan kendong bayi iaitu ‘pouch sling’, ‘baby ring sling’ dan ‘mei tai’.

Pengasasnya, Jazmiladina Husin, 32, berkata beliau mula berjinak-jinak dengan kendong bayi sejak melahirkan anak sulung kira-kira empat tahun lalu yang dibelinya menerusi internet daripada pengusaha warga Singapura.

“Saya menggunakan jenis ‘pouch sling’ dan mendapati ia sangat mudah untuk digunakan. Di pusat beli-belah atau di klinik kita selalu melihat bayi menangis dalam pengusung bayi atau ibu bapa bergilir-gilir mendukung anak, tetapi ia tidak berlaku pada saya kerana menggunakan ‘baby wearing’.

“Bayi lebih dekat dengan ibu selain rasa lebih selamat. Jarang sekali bayi menangis kecuali jika bayi lapar susu dan yang paling penting tidak perlu lagi bersusah payah membawa pengusung yang bentuknya lebih besar dan berat, selain lebih jimat kerana harganya lebih mudah,” katanya.

Sejak itu, katanya, beliau mula menyimpan hasrat untuk menjual produk kendong bayi ini kerana agak sukar untuk didapati secara terbuka. 

“Apabila keluar ke pusat beli belah pula, saya rasa lebih selesa dengan mendukung anak sambil memakai kendong ini. Saya ingin mengajak ibu lain memakai kendong bayi kerana ia dapat membantu kita mendukung anak ketika keluar berjalan, bersiar-siar membeli-belah di atau ke klinik. Bayi lebih selamat dengan kita dan ibu tidak perlu rasa risau atau rimas bila anak menangis,” katanya.

‘Pouch sling’ dan ‘baby ring sling’ adalah pilihan kendong yang amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kelebihannya ia mudah dipakai dan sesuai untuk ibu yang baru mencubanya. Cuma, ‘pouch sling’ mempunyai saiz dan tidak boleh dilaras. Kelebihan ‘baby ring sling’ pula ialah boleh dilaras saiznya mengikut keselesaan kita dan bayi. Bagaimanapun, memerlukan latihan yang baik untuk menyesuaikan diri memakai ‘baby ring sling’ di laman web berkenaan.

‘Mei tai’ pula lebih sesuai untuk bayi yang sudah boleh menegakkan kepala dalam usia empat bulan ke atas atau enam kilogram ke atas. Kelebihan ‘mei tai’ ialah berat bayi ditampung oleh kedua-dua belah bahu, ibu bapa akan berasa lebih selesa dapat mengurangkan sakit bahu untuk bayi yang semakin membesar.

Kata Jazmiladina, produk itu antara paling laris dijual, selain pakaian bayi dan kanak-kanak.




No comments:

Click Older post to see more collections..

We have more than 1000 style of babykids fashion...click Older post to get more..

We Accept Payment by: