BETUL KE TIDAK?
Biasa dengar membedung baby? atau swaddling?
pernah rasa apa yang baby rasa bila dibedung?
ada yang kata selesa, ada yang kata panas, mana satu ni?
Sebenarnya bedung amat digalakkan ketika bayi berumur antara 0 - 6 bulan, namun, teknik yang betul haruslah diguna pakai bagi menjamin keselamatan bayi dan juga mengekalkan keselesaannya.
Apakah Kelebihan Membedung Bayi?
Pernahkah anda terfikir, mengapa orang tua-tua dahulu membedung anak mereka?
kebanyakan orang zaman sekarang mengatakan bedung tidak lagi sesuai kerana cuaca yang panas. Hakikatnya, membedung bayi mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri dari sudut kesihatan bayi tersebut. Antaranya:
- Bayi seperti berada dalam kandungan ibunya sendiri dimana mereka merasakan badan mereka dibaluti dan dilindungi.
- Dengan membedung, mereka dilindungi dari cuaca yang sejuk dan gigitan nyamuk.
- Dengan bedungan juga, dapat mengelakkan situasi 'over-react' dimana bayi terkejut oleh sentuhan.
- Bayi juga perlu tidur yang sempurna dan cukup bagi proses tumbesaran mereka, justeru mereka seharusnya mendapatkan tidur yang cukup dengan membedung.
- Organ fizikal mereka masih tidak dapat dikawal, justeru hanya dengan membedung dapat mengelakkan mereka dari mencakar muka mereka sendiri.
- Para ibu juga mudah untuk mendukung anak mereka yang dibedung kerana mereka tidak meronta-ronta terutama ketika hendak menyusukan bayi
- Dan yang paling utama sekali fungsi bedung ini adalah dapat menenangkan sistem saraf bayi tersebut kerana ketenangan yang diperolehi ketika dibedung.
Bilakah waktu sesuai untuk memakai bedung ini?
Walaupun begitu, kita perlu tahu waktu yang sesuai untuk membedung bayi bersesuaian dengan keadaan cuaca dan suasana sekeliling. Antara waktu sesuai untuk membedung bayi ialah:
1. Di hospital: ketika bayi baru lahir dan mahu pulang ke rumah
2. Waktu tidur malam yang dingin
3. Waktu pagi sesudah mandi (biasanya sebelum jam 10pagi)
4. Waktu dingin musim hujan
5. Ketika bayi tidur dalam bilik berpenghawa dingin
6. Di klinik: ketika membawa bayi untuk cucuk imunisasi
1. Di hospital: ketika bayi baru lahir dan mahu pulang ke rumah
2. Waktu tidur malam yang dingin
3. Waktu pagi sesudah mandi (biasanya sebelum jam 10pagi)
4. Waktu dingin musim hujan
5. Ketika bayi tidur dalam bilik berpenghawa dingin
6. Di klinik: ketika membawa bayi untuk cucuk imunisasi
Bagaimana untuk mengetahui ketika bila bayi tidak sesuai untuk dibedung?
Sebagai ibubapa yang prihatin, kita juga perlu tahu ketika bila waktu yang tidak sesuai membedung bayi contohnya:
1. Ketika cuaca atau musim panas
2. Waktu tengah hari
3. kelihatan ruam merah di bahagian badan bayi terutama leher dan tengkuk.
4. bayi menangis akibat tidak selesa
5. sewaktu bayi demam, jangan sesekali membedung bayi ini kerana ialah boleh menyebabkan suhu badan bayi meningkat
2. Waktu tengah hari
3. kelihatan ruam merah di bahagian badan bayi terutama leher dan tengkuk.
4. bayi menangis akibat tidak selesa
5. sewaktu bayi demam, jangan sesekali membedung bayi ini kerana ialah boleh menyebabkan suhu badan bayi meningkat
Umur berapakah yang paling sesuai untuk membedung bayi?
Kami menyarankan bulan pertama bayi dilahirkan sangat sesuai untuk dibedung terutama sewaktu dalam pantang. Manakala, jika mencecah umur 1 bulan hingga 4 sesuai pada waktu pagi selepas mandi dan waktu tidur. Membedung bayi bukan untuk sepanjang masa, hanya membedung untuk bayi baru lahir, ketika tidur, cuaca yg sejuk seperti musim hujan, dan ketika berada dalam bilik penghawa dingin. Pada waktu bermain berikan kebebasan kepada bayi anda untuk bergerak bebas.
Apakah kaitan membedung dengan Ketidakstabilan Tulang Pinggul atau terkehel ( Hip Dysplasia )
Teknik membedung yang betul sangat penting untuk mengelakkan bayi mengalami kecederaan seperti tulang pinggul beralih seperti rujukan gambar di bawah. Ya, bukan tujuan untuk keuntungan semata-mata, perkongsian info seperti ini sangat penting supaya ibubapa lebih peka teknik bedung yang betul
Pastikan kita membedung tidak terlalu ketat terutama di bahagian kaki dan biarkan kaki bayi mempunyai ruang supaya kakinya boleh membengkok dengan cara semulajadi. Kaki bayi tidak perlu berkeadaan lurus ketika membedung. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hip Dysplesia ini, boleh klik di link ni http://hipdysplasia.org/developmental-dysplasia-of-the-hip/hip-healthy-swaddling/
Apa yang perlu dilakukan?
Kepada anda yang dah biasa membedung bayi anda dengan ketat terutamanya di bahagian pinggul ke bawah, seeloknya elakkan membedung dengan cara tersebut, berikan sedikit ruang untuk bergerak di bahagian pinggul atau kaki agar tulang mereka tidak teralih atau cedera, berikut disertakan panduan bergambar bagi mereka yang masih tidak tahu kedudukan kaki yang betul dalam membedung, Sebarkan kepada rakan anda agar mereka mengetahuinya juga! :)
Jadi kepada anda yang baru nak berjinak-jinak dengan bedung ataupun ini adalah bayi pertama anda, maka eloklah jika dibentuk dan diamalkan sedari kecil agar mereka biasa dengan bedungan ini.
Bagaimana kami boleh membantu anda memilih bedung yang betul
Jika zaman dahulu bedung hanya menggunakan kain batik sahaja, kini tidak lagi, permintaan yang tinggi dari ibu-ibu moden zaman sekarang membuatkan terhasilnya bedung yang ceria, bercorak dan paling utama sekali selesa kepada bayi mereka. kepada mereka yang perihatin dan mengambil berat akan keselamatan dan keselesaan anak mereka, boleh dapat kan beraneka bedung yang sesuai dengan pilihan dan ketepatan penggunaan anda.
Berikut turut disertakan pemilihan dan ciri - ciri bedung agar anda boleh membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam membeli bedung anak anda!
No comments:
Post a Comment