.
APA CIRI-CIRI TASKA BAIK?
.
1. Taska mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ini penting untuk memastikan standard dan piawan mengikut yg ditetapkan.
.
2. Kawasan taska adalah selamat, cuba lihat dulu sekeliling, dekat dengan kilang2 ke, atau jalan raya besar ke, ini semua perlu diambil kira.
.
3. Memiliki tangga keselamatan, alat pemadam api, pintu kecemasan, pihak taska perlu mendapatkan kelulusan pihak majlis negeri dan juga jabatan bomba. ini penting supaya jika terjadi kecemasan, taska berkenaan bersedia utk menghadapinya
.
4. Taska bersih bagi menjamin kesihatan kanak2, ini untuk mengelakkan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut.
.
Okay keadaan luaran taska kita dah check, sekarang kita check untuk dalam taska pula. pemilihan pengasuh atau guru.
.
.
CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAGUS UNTUK ANAK ANDA.
.
1. Pengasuh mengamalkan cara hidup Islam, sebabnya sedikit sebanyak perangai anak kita akan terikut dengan siapa yang menjaganya, jadi pastikan pengasuh anda mengamalkan cara hidup islam yg syumul.
.
2 Pengasuh tahu tentang penjagaan bayi dan kanak2. Ilmu pendidikan awal kanak2 amat penting kepada seorang pengasuh. mereka bukan sahaja tahu untuk buat susu dan tukar pampers, malahan mereka tahu mcm mana nak handle anak2 yg bergaduh.
.
3. Anak selesa dan suka dengan pengasuhnya. perkara ini mungkin makan masa, tapi biasanya bila dah 2-3 hari bersama pengasuh, sepatutnya mereka dah merasa selesa, jika masih tidak mesra dan selesa, bermakna mungkin pengasuh anda tidak memberikan kemesraan seawajarnya kepada anak anda.
.
4. Pengasuh gembira bila melihat anak anda, biasanya kita dapat tengok dari riak wajahnya. jadi cuba perhatikan
:)
.
5 Pengasuh akan bantu anda utk selesaikan masalah anak, contoh kalau anak susah nak makan, mereka tahu apa perlu buat untuk tarik perhatian anak anda supaya makan, contoh macam letakkan permainan bedekatan dengan tempat makan ke.
.
6. Pengasuh menghormati masa anda, pengasuh yang baik akan sentiasa membuka pusat jagaan awal dari masa anda tiba. atau kalau berlaku apa2, mereka cepat2 akan menghubungi anda.
.
7. anak anda bersih, macam mana kita bagi anak kita pagi bersih, begitu juga sepatutnya bila kita nak ambil anak, bersih dari sebarang kekotoran
.
8. Kemalangan jarang berlaku, tidak dinafikan, anak2 kecil memang lasak dan suka bermain, pengasuh yg baik akan pastikan keadaan selamat dan pintu sentiasa berkunci ketika anak2 anda bermain
No comments:
Post a Comment