.
tanpa kita sedari, sebenarnya kita dah bagi makanan yg tidak sihat kepada bayi. ini kerana bayi tak perlukan kalori yg banyak, mereka cuma perlukan nutrisi yang banyak. nak tau apa makanan yang tak patut kita bagi?
.
1. Jus
Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.
2. Makanan proses
Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget. Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.
3. Minuman berkarbonat
Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.
4. Biskut
"Alah sikit je bagi baby rasa biskut ni." Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasa beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.
5. Agar-agar
Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.
Jangan ikut perasaan atau mudah berasa kasihan kepada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda.
No comments:
Post a Comment