Korang mesti suka yang ni juga...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL

NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL
NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL

Menu Produk Manjakuhappy

Ye Lebih mudah untuk memilih item dgn klik ikut kategori dibawahni...

Friday, February 15, 2013

Cara-cara menggunakan Pouch Sling (How to wear pouch sling)

Reversible Pouch Sling

3 cara pemakaian baby pouch Sling
Cradle carry- Sesuai untuk newborn baby sehingga 3 bulan
Front Carry - Sesuai untuk bayi yang sudah pandai tegakkan kepala biasanya dalam 4 bulan hingga 8 bulan
Hip Carry - Sesuai bayi berumur 9 bulan sehingga 2 tahun (maksimum 13kg, iaitu berat paling sesuai dan selesa untuk ibu mengendong)

Reversible Pouch Sling boleh dipakai untuk mengendong bayi yang baru lahir sehingga berat 13kg (iaitu berat maksimum yang paling sesuai dan selesa untuk ibu mengendong bayi). Reversible Pouch Sling ini diperbuat daripada 100% cotton. Terdapat 4 saiz yang berbeza mengikut saiz dan keselesaan pemakai iaitu S,M,L dan XL. Antara kelebihan Reversible pouch sling ialah:
1. Kendong bayi yang paling mudah dipakai.
2. Boleh dipakai untuk mengendong bayi yang baru lahir sehingga berat 13kg.
3. Dengan pemilihan saiz yang betul dan sesuai, ibu tidak perlu lagi risau untuk melonggarkan atau mengetatkan pouch sling. Ibu dengan mudah memasukkan bayi ke dalam pouch sling
4. Tiada tali, ring atau buckle
5. Boleh juga digunakan untuk selimutkan bayi
6. Mempunyai padding di bahagian tepi bagi tujuan menngelakkan kemerahan pada pelipat kaki bayi yg di kendong mengikut cara hip carry
7. Ianya boleh digunakan kedua-dua belah bahagian. Sama ada bercorak ataupun plain.
8. Sangat mudah dilipat dan disimpan di dalam diapers bag

MEMILIH SAIZ POUCH SLING ANDA:


Bagi pemilihan saiz,anda perlu mengikut ukuran pemakai dari bahu ke atas tulang pinggul (seperti gambar dibawah). Kemudian dapatkan berat terkini anda. Untuk mendapatkan saiz yang tepat, padankan kedua-dua ukuran dengan gambar/jadual dibawah. Pastikan anda memilih saiz pouch sling yang betul. 

Semasa mengendong bayi, bahu dan belakang anda haruslah selesa serta tidak terlalu ketat. Kedudukan bahagian bawah pouch sling pula sepatutnya berada pada paras pusat. Jika pouch sling dipakai berada pada aras bawah pusat (terlalu ke bawah), ini bermakna saiz tersebut terlalu besar. Jadi, anda perlu memilih pouch sling yang lebih kecil. Memakai pouch sling yang terlalu besar boleh boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang. 

terdapat pelbagai corak pilihan. Anda boleh terus order dan pilih corak kegemaran di link ini
http://manjakuhappy.com/categories/BABY-WEARING/Pouch-Sling/?sort=newest


Bagaimana menentukan saiz sling anda



Jadual Saiz Pouch Sling
http://youtu.be/KDl_SE8_S18
Size
S
M
L
XL
Shoulder to hip (inches)
22
23
24-25
25-26
Weight adult (kg)
< 45
45-60
60-75
>75


Cara Menggunakan Pouch Sling
Buat masani kami menyediakan Ilustrasi bergambar sahaja. Insyaallah pada masa akan datang 
kami akan sediakan tutorial lengkap bagi setiap langkah dan cara pemakaian. Anda juga boleh belajar menggunakan pouch sling melalui tutorial di youtube. Di bawah ini kami sediakan link antara video tutorial pouch sling terbaik yang boleh dijadikan panduan untuk semua. 

Link Tutorial 1: http://youtu.be/KDl_SE8_S18 
Link tutorial 2: http://youtu.be/ldeIJKAEVbk 




Cara melipat dan memakai Pouch Sling 
1. Pegang pouch sling dengan corak di bahagian luar dan plain di bahagian dalam. Manakala padding dan garisan jahitan di sebelah bawah
2. Lipat pouch sling kepada 2 bahagian
3. Pastikan garisan jahitan di sebelah bawah
4. Masukkan Pouch Sling melalui kepala anda dan disandangkan pada bahu 
5. Pastikan kedudukan padding dan garisan jahitan berada di sebelah hadapan
6. Garisan jahitan menandakan tempat yang menampung keseluruhan punggung bayi semasa mengendong. Jadi pastikan punggung bayi betul2 berada di garisan jahitan ini.


Cara mengendong kaedah Cradle Way
(sesuai untuk newborn sehingga 3 bulan)
1. Pegang bayi anda dengan kemas seperti kedudukan hendak menyusu
2. Masukkan punggung bayi terlebih dahulu ke dalam pouch sling. Pastikan tangan anda masih memegang kemas bayi. Sementara tangan lagi satu menarik pouch Sling untuk memasukkan bayi
3. Masukkan keseluruhan kaki dan badan bayi ke dalam pouch sling. Pastikan sekali lagi garisan jahitan perlu berada di sebelah bawah punggung bayi
4. Masukkan kepala bayi perlahan-lahan ke dalam pouch sling.
5. Pastikan kita boleh melihat muka bayi dan dagu bayi tidak menekan pada dadanya supaya bayi boleh bernafas dengan lancar dan selesa. Sangat penting untuk memeriksa ada ruang antara dagu dan dada bayi (lebih kurang dlm jarak satu jari)
6. Tarik padding Pouch Sling di bahagian sebelah dalam supaya bayi betul-betul berada di dalam Pouch Sling.

Cara mengendong kaedah Front Carry
(sesuai untuk baby yg dah pandai tegakkan kepala)
1. Dukung bayi seperti dalam posisi duduk (badan lebih tinggi daripada punggung dan kaki
2. Tarik kain di sebelah bawah dan masukkan punggung bayi terlebih dahulu
3. Masukkan kaki bayi (posisi kaki bayi seperti duduk bersila/bersilang)
4. Tarik pouch sling sehingga bayi betul-betul selesa dan pastikan garisan jahitan berada di sebelah bawah bayi.

Cara mengendong kaedah hip carry
(sesuai untuk bayi 9 bulan hingga 2 tahun)
1. Dukung anak anda dan sandarkan pada bahu 
2. Tarik pouch sling dan masukkan kaki terlebih dahulu sehingga ke belakang badan anak.
3. Buka pouch sling dan masukkan keseluruhan punggung anak ke dalam pouch sling seolah-olah anak duduk selesa di dalam pouch sling. Padding disebelah bawah perlu di tarik dan berada di pelipat kaki anak. Manakala padding di bahagian atas ditarik untuk menyokong badan anak



Cara mengeluarkan baby (cradle way/front carry) :

1.keluarkan kepala baby dahulu dan dukung baby sambil menarik baby keluar.
2. dukung bayi dan sandarkan baby pada bahu anda
3. sambil tangan menyokong belakang bayi, sebelah tangan lagi menarik keluar kain pouch sling.


Cara Mengeluarkan bayi Hi Carry

1. Dukung bayi dan sandarkan pada bahu anda
2. sokong badan bayi dengan sebelah tangan,
3. manakala, sebelah tangan lagi tarik pouch sling keluar





Berminat untuk mendapatkan pouch sling secara online?
terus order di link ini
http://manjakuhappy.com/categories/BABY-WEARING/Pouch-Sling/?sort=newest








No comments:

Click Older post to see more collections..

We have more than 1000 style of babykids fashion...click Older post to get more..

We Accept Payment by: