Korang mesti suka yang ni juga...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL

NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL
NEW ARRIVAL! JUBAH RIBEN ARISSA MENYERLAHKAN KEAYUAN GEGIRL DI PAGI RAYA. FREE HEADBAND 50 TERAWAL

Menu Produk Manjakuhappy

Ye Lebih mudah untuk memilih item dgn klik ikut kategori dibawahni...

Friday, August 10, 2012

Manjakuhappy @ stailo, KOSMO! Selasa 7 Ogos 2012



Manjakuhappy @kosmo Selasa 7/8/2012


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt. manjakuhappy sekali lagi menjadi pilihan untuk artikel sempena fesyen raya kanak-kanak di Kosmo! ruangan busana 7 Ogos 2012. Terima kasih buat sidang kosmo terutamanya Alif Abu Bakar pengarang untuk artikel ini. Semoga Allah sentiasa memberkati EN.Alif. Juga buat model-model cilik yang bijak bergaya Adik Rizq, Adik Miqael dan adik Daniel.. semoga kalian menjadi anak yang soleh dan berjaya apabila dewasa nanti.. juga ibu bapa mereka yg datang membawa anak2 cilik ini di studio Utusan. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri buat semua yang terlibat dalam penerbitan ruangan ini. terima kasih banyak-banyak — at Utusan Malaysia

STAILO

Nuansa ceria serlah kecomelan


BAJU Melayu kanak-kanak bermotif polka dot semakin popular hari ini.


SIHAT, ceria dan bergaya menjadi prinsip yang diutamakan label pakaian kanak-kanak Manjakhuhappy.com. Maka untuk Aidilfitri kali ini, Manjakhuhappy.com bakal menyerlahkan perwatakan kanak-kanak agar tampil riang menerusi pemilihan pakaian rona-rona terang.
Ubah kebiasaan menyarungkan baju Melayu senada pada tubuh putera kecil anda dengan menggantikannya dengan baju Melayu yang dipadankan bersama seluar yang sedikit kontra.
Baju Melayu Johor bercorak polka dot dengan mainan warna kelabu dan putih, pasti mencuri perhatian apabila disatukan dengan seluar berjalur empat rona terang.
Sekiranya mahu memberi perhatian lebih kepada baju anak anda, pilih baju Melayu berjalur yang kemudiannya digabungkan bersama seluar polos.
Ibu bapa yang tidak menggemari campuran warna yang banyak disarankan memilih baju Melayu senada. Bagaimanapun kelainan pakaian itu terletak pada motif berbeza baju dan seluar. Corak reben kecil pada baju dan polka dot yang menghiasi seluar menghidupkan gaya ceria si kecil.
Sesekali tidak salah menukar angin dengan menjadikan jubah pakaian rasmi pada pagi Syawal anak-anak anda. Paduan nuansa kontra pada kolar dan lengan berjaya menghadirkan imej ‘budak baik’ dalam diri mereka.

PASTIKAN saiz yang dipakai anak anda bertepatan dengan saiz yang dijual.


Pemilik perniagaan dalam talian tersebut, Jazmiladina Husin, 32, menyatakan pakaian yang dijual menggunakan 100 peratus fabrik kapas. Fabrik kapas lebih sesuai berbanding material satin kerana personaliti kanak-kanak lelaki yang lasak dan mudah berpeluh.
“Dengan baju Melayu keluaran kami, ibu bapa tidak perlu bersusah-payah menggantikan pakaian mereka kerana berpeluh.
“Pesanan kepada ibu bapa yang berminat membeli pakaian Manjakhuhappy.com, periksa saiz baju anak anda dan bandingkan dengan saiz yang kami sediakan. Ia dapat membantu pemilihan pakaian yang tepat tanpa perlu proses penukaran dan pemulangan,” jelas Jazmiladina yang sudah tiga tahun menubuhkan perniagaan tersebut.
Selain baju Melayu, ibu bapa juga boleh membeli pakaian kanak-kanak perempuan seperti baju kurung, dres untuk bayi dan pakaian kasual. Setakat ini saiz yang disediakan hanya untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur lima tahun.


No comments:

Click Older post to see more collections..

We have more than 1000 style of babykids fashion...click Older post to get more..

We Accept Payment by: